leaderboard2 denaihati Banner

27 Jun 2013

Property Talk : 4 pakar Hartanah Malaysia Berkongsi TIPS Hebat

3 Pakar telah kompom tggl 1 penceramah MISTERI
Syukur alhamdullilah.. Sebelum nieh hanya bertanya melalui FB.. Akhirnya berjumpa juga Bro Ensem nieh di seminar..

Selain dari itu membuat aku ketemu Bro DenaiHati.. Ini membuat terhasilnya blog tidak seberapa ini...

Program Sembang Hartanah ini akan diadakan pada bulan Ramadhan.. Pasti ia memberi 1001 keberkatan kepada semua...

Pihak penganjur... Pihak penceramah... Lokasi seperti Seminar Hartanah bro Ensem lakukan di PKNS BizPoint Shah Alam...

Lokasi yang mudah dicari ini membuat ia menjadi kegemaran bro Ensem nieh kot...

Apa pun.. Sedikit profil penceramah yang akan berkongsi ILMU pada 20 Julai 2013 kelak...

( Nie aku rembat kat post Abang Ensem... )

  1. Tuan Shamsuddin Kadir (SK), penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’, merupakan penulis terawal yang aku kagumi kerana gaya bahasa mudah yang menjadi nadi di dalam setiap penulisan beliau. Beliau juga turut menulis sebuah lagi buku laku keras perancangan kewangan di bawah tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ sebelum diakhiri dengan penerbitan terkini beliau, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta’ yang baru sahaja lahir beberapa bulan yang lalu.
  2. Tuan Saufi Karim, penulis ebuku best seller yang kemudiannya diangkat menjadi sebuah buku cetakan keras dengan tajuk yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.  Walaupun dianggap masih baru di dalam pasaran hartanah tetapi kemampuan beliau mengeksploitasi setiap peluang yang hadir telah mula membuka mata ramai sehingga berjaya memasyhurkan diri di persada antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau juga telah diangkat sebagai ‘Asia’s Real Estate Expert’ dan diberi peluang untuk berucap di satu simposium antarabangsa, Inspiration2020 yang turut membariskan ‘America’s Business Expert’, Mr Bill Walsh
  3. Tuan Faizul Ridzuan, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku ‘WTF? 23 Properties by 30′ telah mengangkat nama beliau sebaris dengan ikon pelaburan hartanah tanahair seperti Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong. Dianggap pakar di kalangan khalayak pelabur hartanah, beliau sering menjadi buruan lensa kamera tv dan majalah. Dek penangan status laku keras yang diperolehi oleh buku Bahasa Inggeris beliau, ianya kemudian telah diterjemah ke Bahasa Kebangsaan dan difahamkan yang jualannya juga berkemungkinan mampu menyamai status laku keras buku Bahasa Inggeris beliau sebelumnya.

Setakat nieh pic yang aku ada cuma dengan Bro Ensem & Faizul Ridzuan.. So, kepada yang nak joint.. Jgn lupa daftarkan diri korang kat SINI




Tiada ulasan: