leaderboard2 denaihati Banner

19 Jun 2013

IsteriMu IsteriKu JUA??

Assalamualaikum...

Amcam?? Menarik?? Suka?? Marah?? Benci?? Menyampah??

Itulah hampir separuh hari aku luangkan masa di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat presint 4 Putrajaya tadi...

Apa benda yang buat sampai separuh hari aku buat kat Kementerian nieh..

Yergh... Tak lain untuk Seminar Respek Wanita...



Buku Program RESPEK WANITA

Sebelum Seminar Bermula..




Memula sampai aku merasakan.. Ini pasti seperti ceramah-ceramah kementerian yang kerajaan biasa lakukan.. (BOSAN.......... ) This one perkara lazim bro!!! Tak cayer.. Tanyalah....

Tapi pendapat aku meleset sama sekali..... Mengapa?? Kerana kaedah & penyampaian Tengku Dr Naufal ( Mcm nama anak den no 2 hope menjadi seperti mungkin lebih baik.. amin.. ) memang memukau...

Permulaannya.. Dr Naufal mulakan penyampaian dengan wisel.. Ini sesuatu yang mengejutkan.. "Tiap kali saya tiup wisel.. Saya tuan-tuan & puan-puan tepuk dengan penuh semangat...." Ini antara kata-kata Dr Naufal sebelum memulakan sesi ceramahnya... ( memang lain dari kebiasaan ceramah aku biasa p.. Tak la kalau korang.. )

Tidak cukup dengan itu.. Pengisian & oleh Dr Naufal amat memberi impak kepada semua pendengar...

Perhubungan 2 hala serta penyampaian yang tidak formal membuat semua peserta begitu terhibur.. ia!! betul...

Teletah & teknik mengenakan orang bukan untuk mengaibkan orang membuat semua peserta enjoy akan setiap masa ceramah Dr Naufal..

Pengisian yang aku dapat dari ceramah ini....

  1. Hargai isteri anda... ( Bukan waktu memula kahwin sahaja )
  2. Isteri anda bukan alat hubungan sex
  3. Penuhi masa berharga dengan betul-betul walaupun sudah lama berkahwin..
  4. Tips paling panas.. Jika sudah lebih 10 tahun berkahwin.. Luangkan masa untuk mandi bersama.. Betul!! Pasti ramai yang geli bukan.. See!! Nie lah.. Time memula kawin jerk mandi sama.. Dah lama.. Takmo dah mandi sama.. Ini mengeratkan kasih sayang ok... ( Tapi pastikan pintu berkonci.. Kang anak-anak or cucu-cucu terjah masuk bilik mandi lak.. )
  5. Isteri anda bukan orang gaji anda ok.. Ia membantu anda dalam urusan rumah tangga
  6. Isteri bukan KULI mahupun alat untuk si SUAMI....
  7. Luangkan masa berkualiti dari umur anak 1 hari sehingga 12 tahun.. Kerana umur anak-anak 13 tahun pasti dia tidak akan mengajak anda untuk tidur bersama mereka kelak.. 

Itu antara beberapa tips-tips yang dapat aku catitkan... 

Di bawah beberapa pic yang dapat aku snap... Pic paling mahal.. Adalah dengan penceramah Dr Naufal.. ehehehe


Dr Naufal begitu bersemangat berkongsikan dengan kami

Majlis penutup oleh YBhg Pn Seri Dato' Rohani Abdullah
Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan


Antara 'door gift' aku dapat sewaktu ke sana...

AKu & Tengku Dr Naufal

Tiada ulasan: