leaderboard2 denaihati Banner

26 Jun 2013

Bumbung Terbang & Ribut Di Putrajaya

Assalamualaikum....

Syukur alhamdullillah.. Selepas solat hajat semalam di Masjid Negara.... Kawasan Putrajaya dirahmati Allah dengan hujan rahmat..

Namun begitu terdapat perkara yang tidak diingini berlaku..

Ini beberapa gambar yang dirakam...

Bumbung yang terbang

Ku Nan melawat tapak kejadian di Presint 14-7

Kenderaan yang rosak teruk disebabkan timpaan batu dari bumbung yang terbang
Ini beberapa gambar yang berjaya dirakamkan.. Ribuan terima kasih Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang meluangkan masa untuk melawat kawasan Presint 14-7.

Lawatan dari pegawai Jabatan bencana alam juga memberi jaminan mereka yang mengalami kerosakan akan diberi bantuan...

Semoga dengan ini dapat mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat dengan bencana ini...

Sempat saya bertanya pada saksi kejadian bumbung terbang...

" Saya tengok hari hujan.. Tapi pelik angin kuat. Saya meninjau ke luar tingkap.. Terperanjat saya tengok bumbung banggunan sebelah terbang ditiup dek angin yang amat kuat... "

Penghuni Blok B Presint 14-7

" Saya baru nak keluar untuk membeli barang.. Angin yang kuat membuat saya amat risau.. Bunyi bising membuatkan saya turun ke bawah untuk melihat.. Alangkah terperanjat saya apabila mendapati 2 biji kenderaan VIVA & Wira rosak teruk..."

Penghuni Blok B Presint 14-7















Tiada ulasan: