25 Julai 2013

Buku Jualan Murah oleh Azizi Ali BookPlanet!! Set The Date

Wah!!!

Tawaran giler babas murah untuk bidang ILMU penulisan sempoi bersahaja tapi padu oleh Azizi Ali..

Tawaran yang pada aku memang tak patut dilepaskan oleh semua PELABUR!!!

Yer PELABUR!! Anda perlu LABUR dahulu dalam bidang ILMU sebelum memulakan PELABURAN yang lebih BESAR!!!'




http://www.millionairesplanet.com/slightly-damaged-books-for-sale-at-50-off-at-our-ramadan-sale/

Oklah.. Itu sahaja perkongsianya..

29 July Midnight!! Set The time ok!! Takut aku pun tak kesempatan nak merebut peluang jarang-jarang berlaku nieh..

23 Julai 2013

Menjadi Pelabur Hartanah Yang 'MISKIN' di kawasan 'KAYA'

Assalamualaikum....

Baru aku mula faham apa yang dimaksudkan Faizul Ridzuan di dalam buku beliau "WTF: 23Properties By 30"

Memiliki unit paling 'murah' disini merupakan matlamat & target segment Faizul...

Fuh.. Agak lembab gak aku nak faham... Sejak mengikuti beberapa talk yang Faizul bagi serta di tempat-tempat developer..

So, bagi mereka yang nak main unit-unit SOHO leh ler menggerakkan diri mencari lokasi-lokasi pilihan.

Yang pasti target sagment properties jenis nieh perlu dekat kalau boleh bawah rumah... Cinema & mall supaya barulah lifestyle masa kini menjadi buruan mereka yang suka lepak rumah begini...

So, pastikan ia dijalankan secara sistematik & dirancang... Antara lokasi pilihan Faizul korang leh tengok review die kat penulisan aku yang lepas.. Zeva Unit Trinity Group...

19 Julai 2013

Rumah Lelong & Site Visit

Assalamualaikum...

Aku baru nak libatkan diri dengan Hartanah lelongan Isnin depan...

Tapi disebabkan ia hartanah lelongan.. Site View Lokasi amatlah penting...

Kisah bermula..

Selepas aku berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk hartanah nieh...

Aku jumpa kat web auction.com.my Agen call mengatakan aku perlu bayar rm 80 kalo nak sertai lelongan pada Isnin depan...

So aku minta padanya Proclamation Of Sales (POS) &  Condition Of Sales (COS).. Katanya bayaran RM 80 selesai baru diberi..

Owh.. Tetapi die pesan better pegi tgk baru contact die balik kalau nak sertai lelongan..

Aku pun teringat pesan Pie otai lelong selepas membaca ebook kisah cinta pertamanya..

So aku pun dapat meluangkan masa rehat aku Jumaat tadi untuk Site View lokasi hartanah  di Puchong.

Nie hasilnya dari hasi Site view aku siang tadi...

Aku terjah rumah nie.. Tak berpenghuni.. Menarik.. Pasal aku ada pergi tengok hartanah sebelum nie area bangi.. Berpenghuni.. Agak leceh pasal aku masih baru dalam bidang nieh..

Aku masuk nieh beberapa pic aku berjaya perolehi... Huh!

Katil Bujang yang ditinggalkan usang..

Kesan pecah masuk... 

Final Reminder Hutang Fee Berjumlah RM 12,300 ( GILER BABI )


Ruang Depan

Pintu yang mungkin ditukar pihak management

Button Suis yang hilang.. Nie pun nak amek buat kenangan?? 

Kesan peninggalan meja & Rak makanan..

Keadaan Toilet..

Banyak harta peninggalan dalm box...

Pada mulanya aku memang berminat untuk sertai lelongan nieh.. RM 34,000 jerk kot... 

Tetapi selepas aku membaca Condition Of Sales (COS) & bertanya pada sifu pie sendiri...

Aku terpaksa batalkan niat aku.... 

Kenapa??

Condition Of Sales nieh yang buat aku pending..

Korang agak2 berapa Maintance fee tertunggak total?? Aku berkesempatan sergah Management office utk ketahui total hutang.. RM 13,835 bukan calang-calang..

Pihak bank hanya cover 10% dari harga rezab.. Wow. Kalo tiada yang turut serta RM 3,400 jerk die bayo.. Mampos beb RM 10,000 lagi tueh..

Belum masuk bil air, bil elektrik.. Cukai Pintu..

So aku slow down.. Man-man cari hartanah lain.. Semua benda berlaku ada hikmahnya..

Semoga aku ketemu hartanah berlian ku.. Amin...