leaderboard2 denaihati Banner

25 Julai 2013

Buku Jualan Murah oleh Azizi Ali BookPlanet!! Set The Date

Wah!!!

Tawaran giler babas murah untuk bidang ILMU penulisan sempoi bersahaja tapi padu oleh Azizi Ali..

Tawaran yang pada aku memang tak patut dilepaskan oleh semua PELABUR!!!

Yer PELABUR!! Anda perlu LABUR dahulu dalam bidang ILMU sebelum memulakan PELABURAN yang lebih BESAR!!!'




http://www.millionairesplanet.com/slightly-damaged-books-for-sale-at-50-off-at-our-ramadan-sale/

Oklah.. Itu sahaja perkongsianya..

29 July Midnight!! Set The time ok!! Takut aku pun tak kesempatan nak merebut peluang jarang-jarang berlaku nieh..

23 Julai 2013

Menjadi Pelabur Hartanah Yang 'MISKIN' di kawasan 'KAYA'

Assalamualaikum....

Baru aku mula faham apa yang dimaksudkan Faizul Ridzuan di dalam buku beliau "WTF: 23Properties By 30"

Memiliki unit paling 'murah' disini merupakan matlamat & target segment Faizul...

Fuh.. Agak lembab gak aku nak faham... Sejak mengikuti beberapa talk yang Faizul bagi serta di tempat-tempat developer..

So, bagi mereka yang nak main unit-unit SOHO leh ler menggerakkan diri mencari lokasi-lokasi pilihan.

Yang pasti target sagment properties jenis nieh perlu dekat kalau boleh bawah rumah... Cinema & mall supaya barulah lifestyle masa kini menjadi buruan mereka yang suka lepak rumah begini...

So, pastikan ia dijalankan secara sistematik & dirancang... Antara lokasi pilihan Faizul korang leh tengok review die kat penulisan aku yang lepas.. Zeva Unit Trinity Group...

19 Julai 2013

Rumah Lelong & Site Visit

Assalamualaikum...

Aku baru nak libatkan diri dengan Hartanah lelongan Isnin depan...

Tapi disebabkan ia hartanah lelongan.. Site View Lokasi amatlah penting...

Kisah bermula..

Selepas aku berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk hartanah nieh...

Aku jumpa kat web auction.com.my Agen call mengatakan aku perlu bayar rm 80 kalo nak sertai lelongan pada Isnin depan...

So aku minta padanya Proclamation Of Sales (POS) &  Condition Of Sales (COS).. Katanya bayaran RM 80 selesai baru diberi..

Owh.. Tetapi die pesan better pegi tgk baru contact die balik kalau nak sertai lelongan..

Aku pun teringat pesan Pie otai lelong selepas membaca ebook kisah cinta pertamanya..

So aku pun dapat meluangkan masa rehat aku Jumaat tadi untuk Site View lokasi hartanah  di Puchong.

Nie hasilnya dari hasi Site view aku siang tadi...

Aku terjah rumah nie.. Tak berpenghuni.. Menarik.. Pasal aku ada pergi tengok hartanah sebelum nie area bangi.. Berpenghuni.. Agak leceh pasal aku masih baru dalam bidang nieh..

Aku masuk nieh beberapa pic aku berjaya perolehi... Huh!

Katil Bujang yang ditinggalkan usang..

Kesan pecah masuk... 

Final Reminder Hutang Fee Berjumlah RM 12,300 ( GILER BABI )


Ruang Depan

Pintu yang mungkin ditukar pihak management

Button Suis yang hilang.. Nie pun nak amek buat kenangan?? 

Kesan peninggalan meja & Rak makanan..

Keadaan Toilet..

Banyak harta peninggalan dalm box...

Pada mulanya aku memang berminat untuk sertai lelongan nieh.. RM 34,000 jerk kot... 

Tetapi selepas aku membaca Condition Of Sales (COS) & bertanya pada sifu pie sendiri...

Aku terpaksa batalkan niat aku.... 

Kenapa??

Condition Of Sales nieh yang buat aku pending..

Korang agak2 berapa Maintance fee tertunggak total?? Aku berkesempatan sergah Management office utk ketahui total hutang.. RM 13,835 bukan calang-calang..

Pihak bank hanya cover 10% dari harga rezab.. Wow. Kalo tiada yang turut serta RM 3,400 jerk die bayo.. Mampos beb RM 10,000 lagi tueh..

Belum masuk bil air, bil elektrik.. Cukai Pintu..

So aku slow down.. Man-man cari hartanah lain.. Semua benda berlaku ada hikmahnya..

Semoga aku ketemu hartanah berlian ku.. Amin...

18 Julai 2013

Kecewa.. Slow...?

Selepas pembatalan pembelian pertama setelah duit booking disertakan..

Aku sedikit slow.. Mungkin kerana ia pengalaman pertama cinta pertama ditolak..

Namun ia bukan pematah semangat.. Satu per satu Allah pertemukan jalan..

Sama ada untuk menembak atau tidak.. Ia memerlukan gerak kerja kajian sebelum menerjah..

Aku masih sgt baru dalam bidang hartanah.. Just banyak aku dah minta feedback.. Ada beberapa owner mcm tak berminat utk menjual...

Namun.. Ia bukan perkara membuat kita terus putus asa...

Aku akan terus mencari.. Nampak gaya dah ketemu...

1 Hartanah lelongan.. MV dalam 120k.. RP lelongan RM 34k.. Menarikkan??

Lokasi pun x la aku tak biasa.. Just kena p tgk hartanah..

Cuma di bulan puasa nieh.. Mcm2 pulak alasan aku nak p jengah rumah nieh...

08 Julai 2013

Peraturan Bank Negara : Sesuatu yg membebankan?

Bermula 5 Julai 2013.. Bank Negara meningkatkan tahap 'kecenggaman' kepada penduduk Malaysia.

Pinjaman peribadi dihadkan kepada semua bank termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Malaysia Building Socitey Bhd, AEON Credit Service (M) Bhd.

So tiada yg terkecuali....

Betapa teruk kadar pinjaman di Malaysia nieh??





Kalau dilihat dari sumber SINI tahap kepinjaman hutang rakyat Malaysia sama jerk dari tahun 2009..

Apasal 2013 tetiba lak BNM nak tahan2 supaya orang jangan berhutang???

Apakah?? Tujuan sebenar BNM!!!

Pada aku jika benar nak mengawal.. Pendidikan Pengurusan Kewangan Peribadi perlu diAJAR kepada semua peringkat BERMULA SEKARANG!

Di peringkat TADIKA sehingga PENCEN!!!

Mengapa?? Kerana ramai menganggap termasuk mereka yang bekerja di sektor awam menganggap Pengurusan Kewangan Peribadi tidak PENTING!!!

So, jika benda begini tidak diajar dan dibentuk!!! Kawalan bagaimana sekalipun tidak akan memberi IMPAK Postive tetapi ia memberi IMPAK Negative pada ekonomi Negara Malaysia Tercinta ini...

Jom tengok chart yang pinjaman jenis apa pulak yang diperoleh oleh BNM...



Pinjaman perumahan merupakan chart paling tinggi!!! WOW!!! Memang ramai giler Jutawan Senyap kat Malaysia!!!

Betul ker?? Takkan semua buat pinjaman perumahan untuk duduk sendiri bukan??!!!

Memang terbaeklah!!! Mengapa tidak diselidik!!!

Pinjaman perumahan bagi new investor muda tidak lagi memiliki peluang untuk max loan 40 tahun..

New Investor kini perlu lebih kreative untuk memiliki rumah untuk pelaburan...

Owh!! Kena pikir new jalan supaya ia tidak menjadi batu penghalang...


04 Julai 2013

Hartanah Serdang Lokasi Pilihan??

Assalamualaikum....

Serdang.... Lokasi Hartanah PIlihan....??

Hartanah Serdang.. Menjadi pilihan ke untuk pelabur-pelabur hartanah di Malaysia.. Terutama yang pakar..

Antara Hartanah sedia ada...



Bayan Villa (dikenali Bayan Villa @ Bukit Ikhlas) Stylish serta Freehold Development di  Seri Kembangan












( Sumber propwall )

Aman Heights is a modern condominium that boasts tropical resort setting. Nestled in Taman Bukit Serdang,Seri Kembangan, this condominium is nestled on high elevated land of Bukit Serdang.



( Sumber propwall )

Belimbing Heights is a freehold medium-cost condominium located in Seri Kembangan. The condominium is situated near the Desa Saujana apartments.



( Sumber propwall )

Serdang Skyvillas (also known as Serdang Perdana Service Apartment) is a medium-cost and high density serviced apartment with a very posh name. It is located in Seri Kembangan.


( Sumber propwall )

Manakala development in progress lak...
Univ 360 Place
Univ 360 Place is a leasehold mixed commercial development which comprises of designer suites and duplex shop lots.

Diamond Residence @ Serdang


Diamond Residence @ Serdang comprises two-blocks of condominiums, offering 228 units that are fully furnished. The units come in four sizes -- 69sq m for a three-bedroom unit, 96sq m and 115sq m for a four-bedroom unit, and 141.9sq m for a five-bedroom duplex.
SUmber pic Kengkawan Forum Lowyat


27 Jun 2013

Perkongsian IKHLAS mendapat perhatian Penulis PIE2020

Assalamualaikum....

Aku merupakan naubai di dalam bidang hartanah.. Rumah pun belum sebiji menjadi milik aku..

Cuba beberapa bijik buku dan Kelas Hartanah yang aku pergi.. Kelas Hartanah & mampu milik boleh korang joint kat SINI..

So... Nie screen shoot aku peroleh dari blog otai hartanah lelongan bro Shafie Bustan or known Pie2020

Screen Shoot dari blog Pie2020


Ebook yang murah nieh leh dapatkan kat SINI Bukan link affiliate.. Link post blog yg terpampang muko den... kehkehkehekeh..

So sementara RM 20 & akan naik better grab kot.. Pada aku.. Persiapan awal mental & kesediaan rumah tueh membuatkan ia menjadi semakin siok utk digrab.. :)



Property Talk : 4 pakar Hartanah Malaysia Berkongsi TIPS Hebat

3 Pakar telah kompom tggl 1 penceramah MISTERI
Syukur alhamdullilah.. Sebelum nieh hanya bertanya melalui FB.. Akhirnya berjumpa juga Bro Ensem nieh di seminar..

Selain dari itu membuat aku ketemu Bro DenaiHati.. Ini membuat terhasilnya blog tidak seberapa ini...

Program Sembang Hartanah ini akan diadakan pada bulan Ramadhan.. Pasti ia memberi 1001 keberkatan kepada semua...

Pihak penganjur... Pihak penceramah... Lokasi seperti Seminar Hartanah bro Ensem lakukan di PKNS BizPoint Shah Alam...

Lokasi yang mudah dicari ini membuat ia menjadi kegemaran bro Ensem nieh kot...

Apa pun.. Sedikit profil penceramah yang akan berkongsi ILMU pada 20 Julai 2013 kelak...

( Nie aku rembat kat post Abang Ensem... )

  1. Tuan Shamsuddin Kadir (SK), penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’, merupakan penulis terawal yang aku kagumi kerana gaya bahasa mudah yang menjadi nadi di dalam setiap penulisan beliau. Beliau juga turut menulis sebuah lagi buku laku keras perancangan kewangan di bawah tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ sebelum diakhiri dengan penerbitan terkini beliau, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta’ yang baru sahaja lahir beberapa bulan yang lalu.
  2. Tuan Saufi Karim, penulis ebuku best seller yang kemudiannya diangkat menjadi sebuah buku cetakan keras dengan tajuk yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.  Walaupun dianggap masih baru di dalam pasaran hartanah tetapi kemampuan beliau mengeksploitasi setiap peluang yang hadir telah mula membuka mata ramai sehingga berjaya memasyhurkan diri di persada antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau juga telah diangkat sebagai ‘Asia’s Real Estate Expert’ dan diberi peluang untuk berucap di satu simposium antarabangsa, Inspiration2020 yang turut membariskan ‘America’s Business Expert’, Mr Bill Walsh
  3. Tuan Faizul Ridzuan, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku ‘WTF? 23 Properties by 30′ telah mengangkat nama beliau sebaris dengan ikon pelaburan hartanah tanahair seperti Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong. Dianggap pakar di kalangan khalayak pelabur hartanah, beliau sering menjadi buruan lensa kamera tv dan majalah. Dek penangan status laku keras yang diperolehi oleh buku Bahasa Inggeris beliau, ianya kemudian telah diterjemah ke Bahasa Kebangsaan dan difahamkan yang jualannya juga berkemungkinan mampu menyamai status laku keras buku Bahasa Inggeris beliau sebelumnya.

Setakat nieh pic yang aku ada cuma dengan Bro Ensem & Faizul Ridzuan.. So, kepada yang nak joint.. Jgn lupa daftarkan diri korang kat SINI




26 Jun 2013

Bumbung Terbang & Ribut Di Putrajaya

Assalamualaikum....

Syukur alhamdullillah.. Selepas solat hajat semalam di Masjid Negara.... Kawasan Putrajaya dirahmati Allah dengan hujan rahmat..

Namun begitu terdapat perkara yang tidak diingini berlaku..

Ini beberapa gambar yang dirakam...

Bumbung yang terbang

Ku Nan melawat tapak kejadian di Presint 14-7

Kenderaan yang rosak teruk disebabkan timpaan batu dari bumbung yang terbang
Ini beberapa gambar yang berjaya dirakamkan.. Ribuan terima kasih Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang meluangkan masa untuk melawat kawasan Presint 14-7.

Lawatan dari pegawai Jabatan bencana alam juga memberi jaminan mereka yang mengalami kerosakan akan diberi bantuan...

Semoga dengan ini dapat mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat dengan bencana ini...

Sempat saya bertanya pada saksi kejadian bumbung terbang...

" Saya tengok hari hujan.. Tapi pelik angin kuat. Saya meninjau ke luar tingkap.. Terperanjat saya tengok bumbung banggunan sebelah terbang ditiup dek angin yang amat kuat... "

Penghuni Blok B Presint 14-7

" Saya baru nak keluar untuk membeli barang.. Angin yang kuat membuat saya amat risau.. Bunyi bising membuatkan saya turun ke bawah untuk melihat.. Alangkah terperanjat saya apabila mendapati 2 biji kenderaan VIVA & Wira rosak teruk..."

Penghuni Blok B Presint 14-7















25 Jun 2013

Jerebu Di Sg Merab & Putrajaya

Assalamualaikum...

Keadaan jerebu amat teruk sehingga terpaksa kerajaan mengisytiharkan darurat..

Keadaan di Sg Merab & Putrajaya tidak kurang hebat nya...

Nie beberapa gambar dapat aku rakamkan semalam sewaktu melawat kawasan...

Keadaan di Sg Merab

Keadaan di Putrajaya PICC pun tak nampak...







Index jerebu terkni di Putrajaya



So dengan itu terpaksa menahan persekolahan anak sulungku.. Muhammad Nafiis.. Dah 2 hari tak ke sekolah dek kerana jerebu...

Nie post gambar Muhammad Nafiis, Muhammad Naufal yang masih tidor & Nurul Jannah yang dah bangun.

Kasih Abang & Adik.. :) 

Nurul Jannah dah bangun...

Tips Pelaburan : Melabur Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum....

Pasti ramai yang kurang faham atau saje buat-buat tak pahamkan....

Oklah.. Melabur untuk diri sendiri adalah ILMU bidang dalam pelaburan yang ingin kita ceburi..

Nak-nak dalam bidang pelaburan hartanah.. Paling murah la nieh.. RM 35,000 sub sale..

Tak banyak??!! Pada aku yang naubai... RM 350 pun dah cukup banyak dibandingkan RM 35,000..

So.. Aku perlu asah diri aku untuk memastikan aku sentiasa nampak nombor ini kecik supaya dapat aku kembangkan menjadi 4 angka semakin kecik & seterusnya..

Jadi pelaburan ILMU untuk diri sendri banyak cara... Di antara yang sering aku lakukan...

1- Beli buku ( Kalau bleh nak yg offer lagi JIMAT bukan... )
2- Kursus... ( Nak-nak yang preview dapat lagi item free.. )
3- Berkawan/// ( La nieh kan zaman FB & tweet.. So bnykkan Friend List yang sama minat )

Itu beberapa teknik naubai aku peroleh... Masih banyak perlu dipelajari.. Namun TEORI tanpa PRAKTIKAL jua sia-sia..

Aku harap percubaan aku pertama kali ini dapat dihadapi dengan tabah...

Sebelum berakhir.. Aku kongsikan macam mana nak menanam sifat melabur untuk diiri sendiri ini menjadi kebiasaan bukan keluarbiasaan...

Tengah hari semalam dapat aku luangkan masa bersama keluarga untuk melawat ibu saudara yang sakit...

Dalam perjalanan ke Puchong aku terjumpa sign board banner jualan buku murah.. ( Nie mmg style aku... ) Pantang ada offer berkaitan BUKU.. Pasti akan TERJAH..

Nie beberapa hasil terjahan aku & keluarga..

Ada yang dijual RM 10 / 10 pcs

Puas memborong buku.. Xnak bawak menyakat Naufal lak Nafiis nieh.. Dengan Spec RB dier..

Dalam pada xnak Nafiis lebih post dari Naufal

Cantik jika itu muka kita..







23 Jun 2013

Membeli Hartanah Dalam "BULK'



Bulk purchase oleh Faizul Ridzuan..

Beberapa tips yang dikongsikan.. Amat bermanfaat. Rezeki jumpa lagi Faizul.. Susah mau jumpa Billionaire Hartanah..

So, dapat peluang n kelapangan.. Terjah.. Nie beberapa clip video aku dapat.. Harap ia bermanfaat utk kawan-kawan lain yang baru nak belajar jadi JUTAWAN HARTANAH macam den.. Ia akan membuka n memberi kita peluang seperti mereka..

Bagaimana memastikan Bank yang TERDESAK memberi kita Pinjaman

Assalamualaikum...

Nie yang aku dapat sendiri.. Bank offer kalau encik ambil dengan saya.. Penalty exit policy akan diberi pilihan..

Encik pilih mana yang sesuai dengan encik. " Wah.. Menarik.. Nie menunjukkan bank tersebut belum capai target"

Apa lagi.. Pulun la hantor ke bank tueh dokumen.. InsyaALLAH ada rezeki kita.. Lebih mudah ini jalannya...

Selamat mencari jalan.. Bank yang offer aku gini OCBC bank.. Bank tempatan agak lorat jugak.. Mungkin dah dapat atau cari yang pinjaman besar-besar jerk kot.. Huhuhuhuh


22 Jun 2013

Pelaburan Hartanah VS Pelaburan Emas

Assalamualaikum...

Pasti semua orang ada pandangan memasing dalam isu ini...

Sudah pasti ada pro & contra untuk kedua-dua jenis pelaburan ini...

Mengapa? Pasti ia adalah baik untuk seseorang & kurang baik untuk seseorang..

Apsal lak den kat gitu...? Nah ini 'pendapat peribadi' den...


P kedai emas.. Beli emas 916.. Den ang p pajak kat ar rahnu.. Duit ampa dapat tueh.. Buat pulak modai beli umah..

Nampak? Kombinasi kat sini?

Buat duit sambil meminjam duit.. Sekarang nieh. Kalau letak barang dalam Ar Rahnu.. Masuk dalam CCRIS.. So.. Agak kurang bijak kalau ampa tak bayaq upah simpan.. Pasal ampa akan kurang peluang untuk membuat pinjaman perumahan dalam masa sama untuk meninkmati kelazatan & trill dalam bidang hartanah....

So, kalau yang lebih bijak pandai pasti ada 1001 jalan untuk make money kat Malaysia.. Just pesan den.. Jangan la terjebak dengan skim-skim beli emas dapat duit bulan-bulan selamat 6 bulan..

Memang ada yang dapat bayaran bulanan macam kawan opis den.. Tapi better beli umah then dapat duit bulan-bulan jugak.. Betui dak...?

So selamat melaburkan wang anda dengan bijak.. Pilihan dan wang di tangan kita.. Bukan orang lain.. So yang kengkawan lain ada tips nak share.. Jom komen below.. :)

Pasti ramai otai nak share teknik duplikasi mereka...

Pelaburan Hartanah

Pelaburan Emas




21 Jun 2013

Rezeki DI Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua...

Selesai sudah solat jumaat di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.. ( Market Sagment Melayu Islam )

Time nielah ramai peniaga mendapat lebihan rezki.. Jika menjual sesuatu yang hit @ menjadi kegilaan masa kini.. Pasti penuh kedai tersebut..

Dalam kesibukan itu sempat aku merakam beberapa pic kedai-kedai yang menjual... Nie aku ambek selepas selesai solat jumaat..

Ada kedai yang dibiarkan begitu sahaja.. ( Allah melindungi jika Yakin .. ) Ada yang telah pun dipenuhi pengunjung.. Aku amek yang kurang orang berkunjung untuk memudahkan gambar di ambil..

Ada juga ambil kesempatan...

masih ramai begini.. Pemantaun la kan...

Nie kedai menarik minat aku..

Nampak dek anak-anak den.. Mau..
Nie la beberapa rakaman aku berjaya rakamkan.. Rezeki ada dimana-mana.. Usaha pasti ada jalannya..

Semoga kita semua dimurahkan rezeki & mencapai apa dihajati tanpa ALLAH menjauhkan kita dari nikmatNYA serta melupakan tanggungjawab pada yang ESA...

Kualiti Udara Terjejas | Pembelian Perumahan Juga terjejas...?

Assalamualaikum....

Jerebu melanda Malaysia lagi

Malaysia diserang lagi masalah jerebu dek kerana pembakaran terbuka oleh negara jiran Indonesia.

Apakah memang tiada kawalan oleh pihak berkuasa Indonesia di dalam isu ini?

Perkara jerebu kini bukan perkara mainan.. Kerana anak-anak yang bersekolah mudah untuk mendapat penyakit Batuk,selesema & berkaitan.. Nak-nak anak2 yang ada asma.. Pasti perlu lebih berhati-hati...

Itu satu isu.. Nie pulak pada aku isu paling besar untuk pelabur hartanah.. Nak-nak yang baru menceburkan diri dalam pelaburan ini mcm den...

Owh.. Statement bro ensem amat membuat aku semakin peka dalam memilih hartanah yang ingin aku ceburi untuk meletakkan $$$ supaya tidak memberi impak -ve pada poket ku kelak...

Statement Abang Ensem di FB beliau 

So.. Semakin bijak bank.. Kita perlu 2 langkah lebih bijak dari bank...


20 Jun 2013

Review : Chop N Steak Seri Kembangan | Best Bro!!

Assalamualaikum....

Malam tadi wife ajak g makan kat luar... Teringin makan kat Western food kat Chop N Steak Seri Kembangan

Service yang boleh dikatakan pantas.. Harga berpatutan serta makanan yang lazat membuat kami sering juga menikmati makanan di sini...

Ini beberapa gambar yang berjaya aku rakam sewaktu wifeku menikmati makanan Grill Fish..

Memang menarik gila... Dengan ikan yang panas dipanggang.. Dijamukan sekali dengan sosnya..

Pergh.. Dapat gak aku 'mencilok' rasa kenikmatan Grill Fish wifeku...

Nie aku kongsikan beberapa pic yang aku dapat rakamkan..

Seronok Nafiis & Naufal keluar rumah...


Wifeku Juidayu menikmati Grill Fishnya.. Tersenyum-senyum

Naufal begitu berselera.. Happy selepas pekena Spageti.. Syukur semakin berselera anakku sorang nieh makan.

Dapat caption selepas 1/2 wife aku dah pekena Grill Fish..

Nafiis dah penat.. Semalam balek lewat.. Main kat tempat permainan..




Syukur.. Allah memberi kenikmatan lagi untuk merasai makanan yang begitu sedap...

So kalau korang yang berminat dengan western food.. Aku suggest korang pekena kat sini....

Aku pernah pekena Chop N Steak kat Kg Baru mak aku bawak ngan family.. Service sana agak sesak sikit mungkin sebab Kg Baru kot..

So, pada yang tida suka akan hingar bingar n masalah park kenderaan.. Aku cadangkan korang datang ke Chop N Steak Seri Kembangan nieh...

Map kat sana.. 






Pelaburan Hartanah Semakin MAHAL!!! Saya tak Mampu!!!

Adakah ini masa sesuai untuk pelaburan hartanah??

Sekarang harga dah melambung tinggi!!! Macam mana saya nak beli!!

Ini apa yang aku boleh buat duit kalau keadaan berterusan begini...

Ini jawapan Faizul Ridzuan...

Memang selagi tak bermula.. 1001 alasan kita akan bagi alasan...

Pada aku.. Kata-kata " Start Small , Start Now!!! "




19 Jun 2013

IsteriMu IsteriKu JUA??

Assalamualaikum...

Amcam?? Menarik?? Suka?? Marah?? Benci?? Menyampah??

Itulah hampir separuh hari aku luangkan masa di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat presint 4 Putrajaya tadi...

Apa benda yang buat sampai separuh hari aku buat kat Kementerian nieh..

Yergh... Tak lain untuk Seminar Respek Wanita...



Buku Program RESPEK WANITA

Sebelum Seminar Bermula..




Memula sampai aku merasakan.. Ini pasti seperti ceramah-ceramah kementerian yang kerajaan biasa lakukan.. (BOSAN.......... ) This one perkara lazim bro!!! Tak cayer.. Tanyalah....

Tapi pendapat aku meleset sama sekali..... Mengapa?? Kerana kaedah & penyampaian Tengku Dr Naufal ( Mcm nama anak den no 2 hope menjadi seperti mungkin lebih baik.. amin.. ) memang memukau...

Permulaannya.. Dr Naufal mulakan penyampaian dengan wisel.. Ini sesuatu yang mengejutkan.. "Tiap kali saya tiup wisel.. Saya tuan-tuan & puan-puan tepuk dengan penuh semangat...." Ini antara kata-kata Dr Naufal sebelum memulakan sesi ceramahnya... ( memang lain dari kebiasaan ceramah aku biasa p.. Tak la kalau korang.. )

Tidak cukup dengan itu.. Pengisian & oleh Dr Naufal amat memberi impak kepada semua pendengar...

Perhubungan 2 hala serta penyampaian yang tidak formal membuat semua peserta begitu terhibur.. ia!! betul...

Teletah & teknik mengenakan orang bukan untuk mengaibkan orang membuat semua peserta enjoy akan setiap masa ceramah Dr Naufal..

Pengisian yang aku dapat dari ceramah ini....

  1. Hargai isteri anda... ( Bukan waktu memula kahwin sahaja )
  2. Isteri anda bukan alat hubungan sex
  3. Penuhi masa berharga dengan betul-betul walaupun sudah lama berkahwin..
  4. Tips paling panas.. Jika sudah lebih 10 tahun berkahwin.. Luangkan masa untuk mandi bersama.. Betul!! Pasti ramai yang geli bukan.. See!! Nie lah.. Time memula kawin jerk mandi sama.. Dah lama.. Takmo dah mandi sama.. Ini mengeratkan kasih sayang ok... ( Tapi pastikan pintu berkonci.. Kang anak-anak or cucu-cucu terjah masuk bilik mandi lak.. )
  5. Isteri anda bukan orang gaji anda ok.. Ia membantu anda dalam urusan rumah tangga
  6. Isteri bukan KULI mahupun alat untuk si SUAMI....
  7. Luangkan masa berkualiti dari umur anak 1 hari sehingga 12 tahun.. Kerana umur anak-anak 13 tahun pasti dia tidak akan mengajak anda untuk tidur bersama mereka kelak.. 

Itu antara beberapa tips-tips yang dapat aku catitkan... 

Di bawah beberapa pic yang dapat aku snap... Pic paling mahal.. Adalah dengan penceramah Dr Naufal.. ehehehe


Dr Naufal begitu bersemangat berkongsikan dengan kami

Majlis penutup oleh YBhg Pn Seri Dato' Rohani Abdullah
Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan


Antara 'door gift' aku dapat sewaktu ke sana...

AKu & Tengku Dr Naufal